Menjahit baju kanak2 perempuan bagi saya adalah suatu terapi. Saya suka simpan kain perca yang lembut dan sejuk untuk dibuatkan baju. Saya juga suka belek kotak kain lebih di kedai kain, kain RM1 atau RM2 semeter dalam kotak. Kadang2 saya jumpa kain yang berkualiti. Rezeki.
Saya ada pernah jahit baju kurung untuk anak umur 2 tahun. Malangnya, saya tak ingat nak ambil gambar. Gambar2 ni saya jumpa dalam komputer saya. InsyaAllah masa kedepan, saya akan cuba ingat ambil gambar!
Baju gaun baby 6 bulan.
Kanak2 besar.
Baju berseluar dari kain saree.
Gaun dari kain saree yang sama, lighting dia lain sikit.
Baju berseluar kain kapas (cotton) beserta tuan empunya badan sekali. Model2 saya. Rasanya takat ini koleksi yang ada dalam komputer saya. Lain kali saya akan ingat dan ambil gambar selepas menjahit!
Doa untuk ingat sesuatu (dari Surah Al-kahf, ayat 24):
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment