Akhir sekali koleksi jahitan manik yang ada dalam komputer saya adalah, jahitan manik pada baju kurung kosong. Baju siap beli ini menggunakan kain 3 tona (3 toned fabric): coklat (paling banyak), merah dan biru. Oleh kerana baju ni kosong, customer minta saya jahit manik di bahagian bahu dan bawah lengan.
Di bawah adalah langkah demi langkah bagaimana anda boleh hiasi baju kosong anda dengan manik dan labuci. Selamat mencuba!
Saya mulakan dengan bahagian bahu ke paras dada. Saya ikut keliling bunga sedia ada untuk naik serikan baju tersebut.
Gambar di atas adalah gambar dekat (closeup) kedua bawah lengan.
Gambar bahu bersama lengan tangan.
Gambar bahu setelah siap dijahit
Gambar bahu dan lengan kiri setelah siap dijahit.
Akhir sekali gambar siap jahit beserta empunya baju, di majlis kenduri perkahwinan. Glamor you!
No comments:
Post a Comment