Wednesday, August 20, 2014

Baju kebaya moden (potongan bulat keliling)

Aidil Fitri tahun ni, customer minta saya buat kebaya moden potongan bulat macam Lady Gaga pakai tu (saya tak berani letak gambar dia takut copyright, tapi kalau cik cik dan puan puan buat carian (search) Google, "Lady Gaga kebaya," nescaya jumpa gambar yang saya maksudkan.)

Pokoknya, dia nak cutting bulat seperti di bawah:


Gambar depan dan belakang. Dan seterusnya gambar jarak dekat:



Tapi tunggu, belum habis lagi, tudung pun nak kena matching juga ma. Yang di bawah ni gambar tudung sebelum di kenakan labuci:



Yang ni pula selepas dijahit labucinya:

Tuesday, August 19, 2014

Jahitan manik pada baju kurung kosong

Akhir sekali koleksi jahitan manik yang ada dalam komputer saya adalah, jahitan manik pada baju kurung kosong. Baju siap beli ini menggunakan kain 3 tona (3 toned fabric): coklat (paling banyak), merah dan biru. Oleh kerana baju ni kosong, customer minta saya jahit manik di bahagian bahu dan bawah lengan.





Di bawah adalah langkah demi langkah bagaimana anda boleh hiasi baju kosong anda dengan manik dan labuci. Selamat mencuba!


Saya mulakan dengan bahagian bahu ke paras dada. Saya ikut keliling bunga sedia ada untuk naik serikan baju tersebut.



 Gambar di atas adalah gambar dekat (closeup) kedua bawah lengan.


Gambar bahu bersama lengan tangan.


Gambar bahu setelah siap dijahit



Gambar bahu dan lengan kiri setelah siap dijahit.


Akhir sekali gambar siap jahit beserta empunya baju, di majlis kenduri perkahwinan. Glamor you!

Koleksi Sulaman manik pada lengan dan/atau bawah baju

Jenis jahitan diminati ramai adalah sulaman manik pada lengan baju kurung dan blaus. Projek ni saya memang selalu jahit jadi saya dapat terus practice seni jahitan saya. Gambar2 yang terbaru saya letak di atas.



Di atas gambar terbaru. Ya, customer sarankan buat pattern yang dia cadangkan, maka, saya cuba tiru sebaik mungkin.



Bila dah banyak jenis dan warna manik dikumpul, makanya, rojaklah jadinya. Ada seakan2 manik crumble.




Yang di atas ni baju dah siap, bawah baju ada corak ala rumput panjang beserta manik gosok kristal Swarovski. Saya cuma tambah manik di bahagian lengan sahaja, Bawah baju memang sedia ada, siap di beli.


Dan seterusnya...

Yang di bawah ni juga baju siap dibeli. Hasil kerja tangan sulaman manik di keliling leher memang sedia ada. Tugas saya ada ubah bahagian bawah lengan supaya corak bunga di leher sama dengan lengan dah bawah baju.

Gambar lengan baju sebelum diubahsuai (modify):





"Picture before"

Gambar lengan selepas pengubahsuaian:

Gambar atas:

"Picture after: top view"


Gambar bawah:




"Picture after: bottom view"










Gambar tepi:



"Picture after: side view"


Gambar bawah baju sebelum diubahsuai:


 Dan gambar baju yang sudah siap diubahsuai. Customer tak suka corak di atas dan beliau setuju ditukar seperti di bawah:




Tahun Baru Cina / CNY 2013

Sebelum tahun baru Cina tahun lepas, saya ada terima tempahan satu baju (dress) dan dua blaus kain t-shirt (blouse t-shirt ).

Customer minta saya ikut corak yang dia minati, tapi ubah sikit dari asalnya dan kami bersetuju untuk lahirkan corak ini:





Dari atas kertas di terap atas baju, step by step, inilah hasilnya:






Dan blaus t-shirt pula, yang pertama, senang saja, 7 jenis batu (gems) 7 warna pelangi:



Dan blaus kedua, pening sikit, sebab menggunakan labuci 100% untuk hasilkan motif anchor warna-warni bercorak mosaic:


Setelah melukis bentuk sauh (anchor) pada kertas minyak saiz sebenar untuk ditampal di t-shirt, saya jahit outline dia di kain net sebelum memulakan projek.



Selesai sudah sauh saya dijahit di kain net dan kemudian saya jahit di atas t-shirt. Ya, semua kerja tangan ini boleh di jahit dengan mesin tapi saya tak pandai jahit dan customer suruh teruskan menjahit.


Dan inilah hasil sulaman manik labuci bermotifkan sauh atau anchor:


Gambar jarak dekat (closeup):





Dan dilengan t-shirt:


Sulaman manik jubah

Jubah di Malaysia terlalu banyak di pasaran, jadinya tak banyak orang tempah jahit jubah kecualilah apabila ibu dan anak nak pakai sedondon di hari raya. Jubah2 ditempah untuk Aidilfitri tahun lepas, 2013. Customer berikan contoh motif diingini, serta beli manik batu (gems) dan manik bulat (pearls) dan saya susun sampai jadi bunga/design.


Setelah berbincang pattern yang diingini kami bersetuju untuk guna motif ini dan hasilnya:

Ibu pakai leher V



Anak pakai leher bulat.